..

Abah Berlatar Belakang Keluarga Azim Jauh

Keluarga Azim berdasar dari pasangan suami dan isteri yang berasal dari keluarga yang berbeda latar belakang. Abah bertugas di agensi Kerajaan, Kuala Lumpur dan mama pula bertugas di Jabatan Kerajaan bertempat di Putrajaya.

Abah berlatar belakang keluarga jauh yang salurgalurnya tiada kaitan dengan mana –mana kerabat orang ternama di Malaysia. Memandangkan abah tiada mempunyai saudara mara yang ramai dan salurgalur kekeluargaan yang tidak jelas mengakibatkan abah berusaha mencari titik tolak permulaan kewujudan keluarga azim yang sedia ada.

Ada saudara tua abah cuba menyiasat beberapa maklumat umum dan berusaha perkaitan keluarga Azim dengan susur salur kekeluargaan yang ada pertalian masyarakat zaman masa dahulu bertempat di Negeri Perak, Negeri Sembilan dan Kedah.

Semasa abah masa kecil dan belum berumahtangga, abah pernah tinggal beberapa lokasi meliputi beberapa tempat seperti di Kampong Pisang, Batu Gajah (Perak), Kampong Cucuk Badak, Kelang Lama, Kulim (Kedah), Jalan Padang Tembak, Ayer Itam (Pulau Pinang), Jalan Haji Manan, Kluang (Johor), Kampong Soga, Batu Pahat (Johor), Kampong Majidee, Johor Bahru (Johor).

Abah juga pernah membuat pelbagai jenis pekerjaan sebelum menjawat jawatan sediaada. Tugas terdahulu meliputi;

a.          Menjual surat kabar
b.          Menjaga gerai
c.          Pembersih rumput kelapa sawit estet
d.          Operator Kilang Papan
e.          Operator Kilang Mosaic
f.           Pegawai Luar
g.          Sukarelawan
i.            Guru Persendirian


Semasa saya membesar, saya melihat abah suka makan makanan yang disediakan oleh mama dan kerap membawa bersamanya ketempat kerja sebagai bekalan makanan tengahari atas alasan kurang berselera makan di kedai ditempat kerja.