Keluarga Azim berdasar dari
pasangan suami dan isteri yang berasal dari keluarga yang berbeda latar
belakang. Abah bertugas di agensi Kerajaan, Kuala Lumpur dan mama pula bertugas
di Jabatan Kerajaan bertempat di Putrajaya.
Abah berlatar belakang
keluarga jauh yang salurgalurnya tiada kaitan dengan mana –mana kerabat orang
ternama di Malaysia. Memandangkan abah tiada mempunyai saudara mara yang ramai
dan salurgalur kekeluargaan yang tidak jelas mengakibatkan abah berusaha
mencari titik tolak permulaan kewujudan keluarga azim yang sedia ada.
Ada saudara tua abah cuba
menyiasat beberapa maklumat umum dan berusaha perkaitan keluarga Azim dengan
susur salur kekeluargaan yang ada pertalian masyarakat zaman masa dahulu
bertempat di Negeri Perak, Negeri Sembilan dan Kedah.
Semasa abah masa kecil dan
belum berumahtangga, abah pernah tinggal beberapa lokasi meliputi beberapa
tempat seperti di Kampong Pisang, Batu Gajah (Perak), Kampong Cucuk Badak,
Kelang Lama, Kulim (Kedah), Jalan Padang Tembak, Ayer Itam (Pulau Pinang),
Jalan Haji Manan, Kluang (Johor), Kampong Soga, Batu Pahat (Johor), Kampong
Majidee, Johor Bahru (Johor).
Abah juga pernah membuat
pelbagai jenis pekerjaan sebelum menjawat jawatan sediaada. Tugas terdahulu
meliputi;
a.
Menjual surat kabar
b.
Menjaga gerai
c.
Pembersih rumput kelapa sawit estet
d.
Operator Kilang Papan
e.
Operator Kilang Mosaic
f.
Pegawai Luar
g.
Sukarelawan
i.
Guru Persendirian
Semasa saya membesar, saya
melihat abah suka makan makanan yang disediakan oleh mama dan kerap membawa
bersamanya ketempat kerja sebagai bekalan makanan tengahari atas alasan kurang
berselera makan di kedai ditempat kerja.